Prinsip Ahlus Sunnah Seputar Jihad


🚇PRINSIP AHLUS SUNNAH SEPUTAR JIHAD

[ Bab 20: Jihad Tetap Berlaku Hingga Hari Kiamat, bersama Penguasa Yang Soleh Mahupun Yang Fajir. ]

❱ Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:

((🔥)) “Berjihad dan berperang bersama pemerintah tetap berlaku hingga hari kiamat, baik itu penguasa yang soleh mahupun yang fajir,[➊] tidak ditinggalkan.

((🔥)) Dan pembahagian fai' serta penegakkan hukum-hukum hadd oleh para pemimpin juga tetap berlaku. Tidak diperbolehkan atas seorangpun untuk mencaci mereka, tidak pula menggulingkan mereka.[➋]

((🔥)) Penyerahan zakat melalui mereka adalah sah dan berlaku. Barangsiapa menyerahkannya kepada mereka, bererti telah dianggap sah darinya, baik pemimpinnya tersebut orang soleh mahupun fajir.

((🔥)) Solat Jumaat di belakang pemimpin dan di belakang siapa saja yang ia berikan tanggungjawab adalah sah, tetap berlaku dan sempurna dengan dua rakaat. Barangsiapa yang mengulanginya, maka ia adalah seorang mubtadi' yang meninggalkan atsar[➌], menyelisihi as-Sunnah dan tidak mendapatkan keutamaan solat Jumaat sedikitpun, jika ia tidak memandang (sahnya) solat di belakang para pemimpin -sesiapapun mereka-, orang baiknya atau fajirnya. Yang sesuai Sunnah ialah dengan ia solat bersama mereka (pemimpin, red) sebanyak dua rakaat dan meyakininya telah sempurna, tidak ada pada dadamu keraguan apapun tentang hal itu.”

•••

[➊] Asy Syaikh Rabi’ hafizhahullah menjelaskan,

“Para salaf telah melakukan hal ini, seperti Ibnul Mubarak, al-Auza'i dan Ahmad bin Hanbal. Beliau dan selainnya keluar menuju kancah pertempuran, berjihad di bawah bendera Daulah al-'Abbasiyyah.”

[➋] Asy Syaikh Rabi’ hafizhahullah menjelaskan,

“Imam Ahmad berpendangan bahawa (urusan) pembahagian fai' ialah kembali kepada pemerintah. Beliau juga berpandangan bahawa penegakkan hukum-hukum hadd pada perbuatan zina, membunuh, mencuri, meminum khamr dan sejenisnya ialah kepada para penegak hukum (penguasa), bukan kepada individu atau golongan tertentu.”

[➌] Asy Syaikh Rabi’ hafizhahullah menjelaskan,

“Ini seorang mubtadi'. Iya, walaupun imam solat Jumaatmu adalah seorang ahli bid'ah, solatlah bersamanya dan jangan kau ulangi! Begitu pula jika ia seorang yang zalim, tetaplah solat dan tak perlu kau ulangi! Kerana jika engkau ulangi solat Jumaatmu, bererti engkau seorang pelaku bid'ah juga.”

📚[Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa]

Url: http://bit.ly/Fw410205
📮••••|Edisi| t.me/ukhuwahsalaf / www.alfawaaid.net

// Sumber: Tg @thoriqussalaf

Admin

Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wah, bukan untuk tujuan komersil serta tetap mencantumkan URL Sumber. Baarakallahu fiikum.

No comments:

Post a Comment