Nasihat Ulama Agar Jangan Mengambil Ilmu Dari Orang-Orang Yang Tidak Berhak Kita Ambil Ilmu Darinya

Asy-Syaikh Dr. Ahmad bin Umar Bazmul ~hafidzahullaah~ berkata ...:

“Aku ingin mengumumkan kepada para ikhwah Salafy-ku di setiap tempat tentang suatu Perkara yang berbahaya.

Perkara tersebut adalah seperti berikut:

---» Bahawa mereka terpedaya dengan semua orang yang mula mengajar; dan

---» menyangka bahawa dia telah layak untuk diambil ilmu daripadanya.

Maka,

» Jika mereka melihat dia seorang yang menulis di laman web (situs) salafy, mereka menyangka dia adalah Salafy;

» Jika mereka melihat dia memiliki kitab-kitab, mereka menyangka dia adalah Salafy;

» Jika mereka melihat bahawa dia menyampaikan khutbah, menggunakan ucapan yang kompleks, dan pandai mengolah kata-kata, mereka menyangka dia adalah Salafy;

» Jika mereka melihat dia mengumpulkan para pemuda dan mendorong mereka untuk menghafal at-tauhid, al-ushul ats-tsalaatsah, dan dia mengajarkan mereka pelajaran tersebut, mereka menyangka dia adalah Salafy;

» Jika mereka melihat dia adalah seorang pengajar di universiti, mereka menyangka dia adalah Salafy;

» Jika mereka melihat dia mengajar di Masjid Nabawi atau di Masjidil Haram, Makkah, mereka menyangka dia adalah Salafy;

» Jika mereka melihat dia adalah seorang hakim, mereka menyangka dia adalah Salafy,

» Jika mereka melihat dia menyampaikan kuliah, atau muncul di paparan media, mereka menyangka dia adalah Salafy;

SEMUA INI TIDAK MEMADAI, pada realitinya bagi orang yang berilmu dalam rangka menetapkan seseorang itu sebagai Salafiyyah dan dia berhak untuk mengajar dan memberi faedah kepada saudaranya.

SEMUA PERKARA INI TIDAK BERMANFAAT SEDIKITPUN. Sebaliknya, kami dapati tindakan mereka ini menjauhi mereka daripada mendatangi majlis Ulama Salafy, menggunakannya sebagai suatu cara untuk memperdaya orang awam agar menyangka bahawa mereka adalah Salafiyyun.

〰〰〰〰〰〰〰

Baik. Maka jalan manakah yang patut kami tempuhi?

Cara untuk mengetahui samaada ilmu tersebut patut diambil atau tidak daripada seseorang diketahui melalui salah satu daripada dua cara:

---» [Pertama]

Para ulama memberikan rekomendasi dan secara jelas menyatakan:

“Si fulan adalah Salafy dan merupakan penuntut ilmu, maka ambillah manfaat daripadanya.”

♦ Dan aku ingin kalian memberikan perhatian pada situasi ini:

Jika seorang syaikh mengatakan, ‘Fulan adalah Salafy’ tidak bermakna dia berkelayakan untuk mengajar.

Syaikh harus menyebutkan dua perkara:

» bahawa dia adalah Salafy; dan
» dia layak untuk mengajar.

Kita telah melihat segelintir orang memperdaya orang awam dengan mengatakan bahawa seorang syaikh telah mengatakan fulan adalah Salafy.

Baik.

» Adakah syaikh menyebutkan bahawa dia adalah seorang ulama?
» Adakah syaikh menyebutkan dia adalah seorang penuntut ilmu?

Menjadi seorang Salafy adalah satu tahapan, dan menjadi seorang penuntut ilmu atau ulama adalah tahapan yang lebih tinggi yang digandengkan dengan Salafiyyah. Maka, tidak sewajarnya kita tertipu dengan situasi-situasi seperti ini.

Demikian juga (kita tidak sewajarnya tertipu) hanya kerana:

» seseorang itu mendatangi majlis-majlis Syaikh Rabi’; ataupun
» dia pernah berada di dalam rumah Syaikh Rabi’; ataupun
» perkara yang bersamaan dengannya yang manusia terpedaya kerananya.

Maka perkara pertama adalah:

Seorang ulama harus dengan jelas menyatakan suatu rekomendasi bahawa dia berada di atas Manhaj Salaf dan dia memiliki ilmu.


---» [Kedua]

Cara yang kedua untuk mengenal pasti ialah keberadaannya telah dimaklumi di sisi para ulama dan para penuntut ilmu, dan dikenal kekukuhannya berpegang terhadap prinsip Salafy. Oleh itu, para ulama secara umumnya memujinya, menolongnya dan membantunya.

Ini membuktikan bahawa dia adalah daripada mereka yang mengajar dan para ulama mengenalinya dan mendiamkannya; sebaliknya, mereka telah berkata baik dan membantunya. Ini membuktikan, insya Allah bahawa dia berpegang di atas kebenaran.

Adapun selain dari dua perkara yang telah kami sebutkan ini, maka berhati-hatilah, berhati-hatilah. Semoga Allah memberkahi kalian. Janganlah tertipu, janganlah tertipu oleh mereka yang memiliki forum-forum di internet ataupun oleh mereka yang mempunyai sifat-sifat sebagaimana orang awam telah terpedaya kerananya.

〰〰〰〰〰〰〰

Aku katakan dan aku mengulanginya:

Mereka yang memiliki forum-forum di internet dan mereka yang telah diuji/difitnah berkemungkinan akan menggunakannya sebagai suatu cara dengan menyebut Syaikh Rabee’, Syaikh ‘Ubayd, Syaikh Muqbil al-Waadi’ee, semoga Allah merahmatinya, Syaikh an-Najmee, Syaikh Bin Baaz and Syaikh al-‘Uthaymeen demi mengumpan orang awam, agar setelah itu mereka akan menyuntik racun mereka kepada orang awam tersebut.[1]

» Oleh kerana itu, aku juga melihat bahawa kita perlu bertanya apakah laman web-laman web tersebut patut diziarahi ataupun tidak? Adakah ia telah diberi rekomendasi atau tidak? Ini kerana mereka menyebarkan sebahagian daripada ilmu, maka apakah ia ilmu yang bermanfaat ataupun yang berbahaya…”

__________

[1] [TN] Kita akan dapati ini di media seperti twitter. Seseorang mungkin mengenali Bin Baaz, al-‘Uthaymeen, al-Luhaydaan, al-Fawzaan, dll. Tetapi, sebenarnya, perbuatan mereka bertentangan dengan ucapan mereka bahawa mereka mengikuti manhaj ulama-ulama ini.

Contoh penentangan tersebut ialah kurangnya keikhlasan dalam memberi nasihat dengan memberi amaran terhadap kebatilan yang mereka telah maklumi, pegangan mereka yang tidak jelas terhadap orang yang berpegang dengan Manhaj Ikhwanul Muslimin, dan pendapat-pendapat mereka terhadap Syaikh Rabi’, dan selainnya.

Sebagai contoh, Kalian akan mendapati pertentangan yang jelas antara mereka dan ulama kibar dalam perkara-perkara seperti ini.

---
Diterjemah oleh:
| Akhina Abu Mas'ud ~hafidzahullah~
| Dengan sedikit editing dan penambahbaikkan kata.

---
• قال الشيخ أحمد بن عمر بازمول في شريط "أجوبة عن أسئلة منهجية مهمة"
(( وهنا أنبِّه إخواني السَّلفيين في كلِّ مكانٍ إلى مسألةٍ خطيرةٍ !
← هذه المسألة هي: انخداعهم بكلِّ من تصدَّر للتَّدريس وظنُّهم أنَّه أهلٌ لأخذ العلم عنه.
• فإما إذا رأوه ممَّن يكتب في المنتديات السَّلفية ظنُّوا أنَّه سلفيٌّ ؛
• إذا رأوا أنَّه صاحب كتبٍ ظنُّوا أنَّه سلفيٌّ ؛
• إذا رأوا أنَّه صاحب خطبٍ، وتشدُّقٍ في الكلام، وفصاحةٍ في العبارة ظنُّوا أنَّه سلفيٌّ ؛
• إذا رأوا أنَّه يجمع الشَّباب ويُحفِّظُهم التَّوحيد، والأصول الثَّلاثة، وأنَّه يُدرِّسُهم مثلَ هذه الأمور ظنُّوا أنَّه سلفيٌّ ؛
• إذا رأوا أنَّه مدرِّسٌ في الجامعة ظنَّوا أنَّه سلفيٌّ ؛
• إذا رأوا أنَّه مدرِّسٌ في المسجد النِّبوي، أو المسجد المكِّي ظنُّوا أنَّه سلفيٌّ ؛
• إذا رأ وه قاضيًا ظنُّوا أنَّه سلفيٌّ ؛
• إذا رأوه محاضرًا، أو متصدِّرًا في وسائل الإعلام ظنُّوا أنَّه سلفيٌّ ؛
وكلُّ هذه الأمور غير كافيةٍ عند أهل العلم في إثبات سلفيَّة هذا الرجل، وإثبات أنَّه صالحٌ للتَّدريس، وإفادة إخوانه.
هذه الأمور كلُّها لا تنفعه بشيءٍ، بل هذه الأمور ما نجد من يجانب ويتباعد عن مجالسة العلماء السَّلفيين، ما نجدهم إلا يتذرَّعون بمثلها ليخدعوا العامة أنَّهم سلفيون.
طيب، ما السَّبيل ؟
السَّبيل لتعرفَ أنَّ فلانًا ممَّن يُؤخَذ منه العلمُ أم لا أحد أمرين:
– الأمر الأول: أن يزكيَّه العلماء ويصرِّحوا بأنَّ فلانًا سلفيٌّ، طالب علمٍ، استفيدوا منه.
♦ وأنا أنَّبه إلى قضيَّةٍ: إذا قال الشَّيخ: «فلانٌ سلفيٌّ» لا يعني أنَّه صالحٌ للتدريس، لابد أن ينصَّ على الأمرين:
– الأمر الأول: أنَّه سلفي ؛
– والأمر الثاني: أنَّه صالحٌ للتَّدريس.
فقد رأينا بعض النَّاس يخدعون العامة بأنَّ الشَّيخ الفلاني قال عنه سلفي. طيب، هل قال عنه عالم ؟ هل قال عنه طالب علم ؟
فإنَّ قضية السَّلفي مرتبةٌ، وقضيَّة طالب العلم والعالم مرتبةٌ أعلى مع السَّلفية، فلا ينبغي أن ننخدع بمثل هذه التَّصرفات.
• وكذا كونه أنَّه يحضر دروس الشَّيخ ربيع ؛
• أو كونه كان في بيت الشَّيخ ربيع ؛
• أو مثل هذه الأمور التي يخدعون بها النَّاس.
فإذن:
– الأمر الأول: أن يُصرِّح العالم بتزكيته منهجيًّا سلفيًّا، وبتزكيته علميًّا ؛
– الأمر الثاني: أن يشتهر أمره بين العلماء وطلَّاب العلم، وتشتهر مواقفه السلفيَّة، ويثني عليه العلماء ثناءً عامًا، ويؤيِّدونه، وينصرونه فيدل على أنَّه ممن... طبعًا، يكون هو متصدرًا للعلم، فتصدُّره للعلم اشتهر عند العلماء وسكتوا عليه، بل أثنوا عليه وناصروه فهذا يدلُّ -إن شاء الله- أنَّه على الحقِّ.
أما ما سوى هذيْن فإيَّاكم إيَّاكم -بارك الله فيكم- ! ولا تنخدعوا بأصحاب المنتديات، أو بأصحاب بعض الأمور التي يخدعون بها العامة !
وأنا أقول وأكرِّر: إنَّ أصحاب المنتديات، وبعض المفتونين قد يتذرَّع بذكر الشَّيخ ربيع، قد يتذرَّع بذكر الشَّيخ عُبَيْد، أو بالشَّيخ مُقْبِل الوادعي -رحمه الله تعالى-، والشَّيخ النَّجمي -رحمة الله عليه-، أو الشَّيخ ابن باز، والعثيمين حتى يتصيَّد العامة، فإذا تصيَّدهم بثَّ فيهم السموم.
• لذلك أنا أرى أيضًا: أنَّ هذه المنتديات ينبغي لنا أن نسال عنها... هل ندخلها ؟ هل هي مُزكَّاةٌ أم لا ؟ لأنَّها تبثُّ شيئًا من العلم، فإمَّا أن يكون علمًا نافعًا وإمَّا أن يكون علمًا ضارًا [...].))
قام بتفريغه وتنسيقه
أبو محمد فريد القبائلي
- ستر الله عيوبه -
---

Catatan: ** jika ada koreksi / mulahadhoh dari para ikhwah sekalian, tafadhol dikongsikan bersama di sini. (senyum). **

Sumber: Ajurry•Com

Kajian Al-FawaaidNet

Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wah, bukan untuk tujuan komersil serta tetap mencantumkan URL Sumber. Baarakallahu fiikum.