WHAT'S NEW?
Loading...

[Audio] Al-Ustadz Muhammad Umar As-Sewed – Mendakwahkan Laa ilaaha illallooh (Pembahasan Kitab Fathul Majid)

Mendakwahkan Laa ilaaha illallooh (Pembahasan Kitab Fathul Majid)
Al-Ustadz Muhammad Umar As-Sewed hafizhahullaah

Masa / Lokasi: 27 Dzulqo’dah 1433 H / 13 Oktober 2012 / 10:30 – selesai / Masjid Agung Baitussalam Komplek Alun-alun Purwokerto

Click to Play All


Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wahbukan untuk tujuan komersil. Untuk mengunduh / download sila right click pada link file yang berkenaan dan pilih "Save Link As ...". Semoga bermanfaat. Baarakallahu fiikum.

- - - [Rakaman audio via http://almanshurohcilacap.com/].

[Audio] Al-Ustadz Usamah Faishal Mahri – Mempersatukan Ummat dengan Aqidah yang Benar

Mempersatukan Ummat dengan Aqidah yang Benar
Al-Ustadz Usamah Faishal Mahri hafizhahullaah
(Alumni Jami’ah Islamiyyah Medinah, Saudi Arabia)

Masa / Lokasi: March 2012 / Surabaya



Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wahbukan untuk tujuan komersil. Untuk mengunduh / download sila right click pada link file yang berkenaan dan pilih "Save Link As ...". Semoga bermanfaat. Baarakallahu fiikum.

- - - [Rakaman audio daripada ilmoe.com].

[Audio] Al-Ustadz Abu Karimah Asykari – Sebab-sebab untuk mendapatkan Ilmu yang bermanfaat

Sebab-sebab untuk mendapatkan Ilmu yang bermanfaat
Al-Ustadz Abu Karimah 'Asykari hafizhahullaah

Masa / Lokasi: Disember 2010 / Surabaya



Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wahbukan untuk tujuan komersil. Untuk mengunduh / download sila right click pada link file yang berkenaan dan pilih "Save Link As ...". Semoga bermanfaat. Baarakallahu fiikum.

- - - [Rakaman audio daripada ilmoe.com].

[Biografi] Asy-Syaikh Ubaid Al-Jabiri bin Abdillah bin Sulaiman

Nama
Beliau adalah Ubayd bin Abdillah bin Sulaiman Al-Hamdani Al-Jabiri. Suku Hamdan termasuk dalam keluarga suku Jabir dan suku Jabir termasuk ke dalam keluarga suku Harb Al-Hijaz. Beliau adalah ketua suku Hamdan.

Kelahiran
Beliau dilahirkan di Hijaz pada tahun 1357H di desa Al Faqir (yang sekarang telah menjadi kota )[1] yang berada di Wadi Fura’ (suatu lembah yang dikelilingi oleh gunug-gunung dan dilalui oleh wadi-wadi/tempat aliran air saat hujan turun dan daerah tersebut terkenal dengan ladang kurmanya) yang masih termasuk wilayah Madinah.[2]

Masa kecil
Pada tahun 1365 H, beliau mengikuti orang tuanya pindah ke Mahd Adz-Dzahab (salah satu bandar dalam wilayah Madinah). Beliau tinggal di bandar ini selama 8 tahun.

Masa pendidikan
Beliau mulai mengikuti pendidikan dasar di madrasah Mahd Adz-Dzahab antara tahun 1371–1373H.

Di akhir tahun ini beliau kembali ke Wadi Fura’. Kemudian beliau berpindah ke kota Madinah pada tahun 1374 hingga sekarang. Kerana keadaan keluarga yang tidak memungkinkan, beliau tidak dapat meneruskan pelajaran beliau selama 6 tahun.

Pada tahun 1381, beliau kembali belajar di Darul Hadits Madinah Nabawiyah yang saat itu dipimpin oleh Syaikh Umar bin Muhammad Fallatah rahimahullah. Beliau belajar di sini selama 2 tahun. Kemudian beliau melanjutkan ke tingkat Ma’had Al-Ilmi yang sekarang dinamakan Ma’had Al Madinah Al Ilmi. Di dalamnya, beliau mempelajari ilmu-ilmu syar’i dan bahasa arab mulai tahun 1383-1387H. Kemudian setelah itu beliau kuliah di Jamiyah Islam Madinah Nabawiyah pada tahun 1388-1392H. Beliau lulus di tahun 1392H dengan predikat ‘excellent’ dan terbaik di angkatan beliau.

Tugasan Beliau
Kemudian beliau diangkat menjadi da`i di Departemen Penerangan wilayah Jeddah. Beliau bertugas selama 4 tahun. Kemudian beliau berpindah tugas di Markaz Dakwah di Madinah. Saat itu lembaga ini dibawah naungan Lajnah Da`imah yang saat itu dipimpin oleh Al Imam Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz rahimahullah.

Beliau bertugas selama 8 tahun membantu Direktur Markaz dan menggantikannya saat berhalangan. Kemudian beliau berpindah tugas ke Jamiyah Islam pada hari Ahad 28 Dzulhijjah tahun 1404 dan ditetapkan sebagai guru di Ma’had Ats-Tsanawi dilingkungan Jamiyah.

Pada tahun 1407 H, beliau diangkat sebagai guru bidang ushul fiqh. Beliau tetap mengajar di Ma’had Ats-Tsanawi di lingkungan Jamiyah sampai beliau meminta pindah bahagian di fakulti dakwah. Dan beliau tetap mengajar di fakulti ini hingga beliau pencen pada umur 60 tahun pada tahun 1417 H di awal bulan Rajab.

Studi lanjutan
Di tengah masa tugas, beliau berhasil mendapatkan gelar master dengan tesis beliau tentang tafsir Muhammad bin Ka’b Al Qurazhi pada tahun 1409 H.

Keistimewaan
Penting untuk disebutkan bahwa beliau hafizhahullah dengan biografinya yang harum dan penuh dengan manfaat dan berkah, telah kehilangan penglihatannya di bulan-bulan pertama sejak kelahirannya.

Guru-guru beliau
Beliau hafizhahullah belajar di bawah bimbingan para ulama yang memiliki keutamaan dalam bidang pendidikan, akhlak dan ilmu agama. Diantara guru-guru beliau yang terkenal adalah :

- Di Darul Hadits:
  1. Syaikh Saifur-Rahmaan bin Ahmad
  2. Syaikh Ammaar bin Abdillaah
- Di Ma’had Al-Ilmi:
  1. Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah Al-Khudhairi
  2. Syaikh Audah bin Talqah Al-Ahmadi
  3. Syaikh Dakhil bin Khalifah Al-Khalithi
  4. Syaikh Abdur-Rahmaan bin Abdillah Al-Ajlan
  5. Syaikh Muhammad bin Abdillah Al-Ajlan
- Di Jamiyah Islam Madinah:
  1. Syaikh Allamah Muhaddits Hammad bin Muhammad Al-Anshari
  2. Syaikh Allamah Muhaddits Abdul-Muhsin Al-Abbad
  3. Syaikh Abdul Lathif Al Bani.
Dan diantara guru-guru yang sangat berpengaruh terhadap beliau adalah Syaikh Allamah Abdul Aziz bin Baz dan Syaikh Allamah Muhammad bin Shalih Al Utsaimin, dimana beliau sering bertemu keduanya dan banyak belajar dari peribadi dan akhlak keduanya.

Perjumpaan beliau dengan Syaikh Abdul Aziz bin Baz lebih sering, hal ini sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelumnya kerana hubungan kerja. Beliau banyak mendapatkan perhatian khusus dari Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah.

Karya beliau

Beliau memiliki beberapa karya, kami sebutkan diantaranya adalah :
  1. Taisirul Ilah bi Syarh Adillati Syuruth ‘Laa Ilaaha Illallah’.
  2. Tanbihu Dzawil Uqul As-Salimah Ila Fawaid Mustanbathah Min As-Sittah Al Ushul Al Azhimah.
  3. Imdadul Qari bi Syarh Kitab At-Tafsir min Shahih Al Bukhari.
  4. Fath Al Aziz Al A’la bi Syarh Al Qawa’id Al Mutsla.
  5. Syarh Muntaqa Ibnil Jarud –semoga Allah mudahkan penyempurnaannya-.
  6. Kumpulan Fatwa beliau. Sekarang dalam proses pengumpulan dan penyusunan –semoga Allah mudahkan penyempurnaannya-.
  7. Tanwirul Mubtadi syarh Qawaid Fiqhiyah ibn Si’di. dll
Tugas-tugas

  • Imam masjid As-Sabq di Madinah Nabawiyah (sekarang lokasinya dekat terminal bus SAPTCO ([3]) selama lima tahun antara 1387-1392 H. Kemudian menjadi khathib di masjid Al Iman. Dan sekarang beliau menjadi khatib di masjid Naffa’ Al ‘Amri dekat jl. Amir Abdul Majid.[4]
  • Guru di sekolah Mutawassithah Umar bin Abdil Aziz di Jeddah tahun 1392-1397 H.
  • Da’i di Markas Dakwah wal Irsyad di Madinah Nabawiyah sekaligus penolong pengarah Markaz dan penggantinya jika berhalangan. Tugas ini dipegang di akhir 1396-1404 H.
  • Pensyarah di Jamiyah Islam Madinah di akhir 1404-awal bulan Rajab 1417. Dan ini adalah tugas terakhir yang beliau pegang. Pada saat inilah beliau memasuki masa pencen sesuai dengan peraturan yang berlaku.
  • Pensyarah I’dad Al Muallimat di Masjid Nabawi bahagian sampai sekarang.
  • Aktif di berbagai seminar, kajian dan daurah ilmiah di Saudi Arabia dan negara tetangga.
Pujian para ulama
Kedudukan beliau dalam bidang ilmiah dan kapasiti serta aktifiti beliau dalam dakwah salafiyah banyak mengundang pujian para ulama. Diantara mereka adalah Syaikh Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi rahimahullah, Syaikh Allamah Muhammad Al Banna, Syaikh Allamah Zaid Al Madkhali, Syaikh Allamah Shalih As-Suhaimi hafizhahumullah dll.

Syaikh Allamah Rabi’ bin Hadi Al Madkhali hafizhahullah pernah ditanya oleh sejumlah pemuda dari kota Manchester: Apa pendapat anda tentang Syaikh Ubaid Al Jabiri ? Apakah beliau bukan seorang alim, hanya penuntut ilmu biasa saja ?

Beliau menjawab: 
Barangsiapa yang mencela beliau dan mengatakannya bodoh, (maka) orang ini telah menempuh jalan syaitan dan mengikuti pola-pola hizbiyyah dalam mencela ulama yang bermanhaj salafi. Syaikh Ubaid termasuk ulama salafiyyin yang terkenal dengan sikap wara’, zuhud dan berkata kebenaran barakallahu fikum. 
(sumber: muhadharah yang disampaikan kepada pemuda Manchester pada tanggal 9 Dzulhijjah 1425H).

Demikianlah sekilas tentang biografi Syaikh Allamah Ubaid Al Jabiri hafizhahullah yang sekarang ini telah berumur 72 tahun. Beliau telah menginfakkan hidupnya dalam dunia pendidikan dan dakwah di jalan Allah. Semoga apa yang telah beliau tempuh diterima oleh Allah Ta’ala sebagai timbangan kebaikan di sisi-Nya dan semoga Allah senantiasa menjaga beliau dan mewafatkannya dalam husnul khatimah. Aamiin.

Catatan:
[1] Sekitar 140 Km dari kota Madinah Nabawiyah. Terletak diantara Makkah dan Madinah.
[2]. Saya pernah berkunjung ke Al Faqir bersama beliau dan dikenalkan pada beberapa tempat.
[3] Di Indonesia dikenal dengan DAMRI.
[4] Kurang lebih 50 M dari rumah beliau


Disusun oleh: Al Ustadz Abu Abdillah Muhammad Yahya
Madinah Nabawiyah | 25 Shafar 1430 H

Sumber: http://ulamasunnah.wordpress.com/2008/02/04/biografi-syaikh-ubaid-al-jabiri/

[Biografi] Asy-Syaikh Al-Allamah Al-Muhaddith Robi’ bin Hadi bin Muhammad Umayr Al-Madkhali

Nama dan nasab beliau
Beliau adalah Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddith Robi’ bin Hadi bin Muhammad ‘Umayr Al-Madkhali, berasal dari suku Al-Madakhilah yang terkenal di Jaazaan, sebuah daerah di sebelah selatan Kerajaan Arab Saudi. Suku ini termasuk keluarga Bani Syubail, sedangkan Syubail adalah anak keturunan Yasyjub bin Qahthan.

Kelahiran beliau
Syaikh Rabi’ dilahirkan di desa Al-Jaradiyah, sebuah desa kecil di sebelah barat kota Shamithah sejauh lebih kurang tiga kilometer. Beliau dilahirkan pada akhir tahun 1351 H. Ayahanda beliau meninggal ketika beliau masih berumur sekitar satu setengah tahun, beliau tumbuh berkembang di pangkuan bondanya -semoga Allah Ta’ala merahmatinya. Bonda membimbing dan mendidik beliau dengan sebaik-baiknya, mengajarkan kepada beliau akhlak yang terpuji, berupa kejujuran mahupun sifat amanah, juga memotivasi putranya untuk menunaikan shalat dan meminta beliau mengerjakan mengikut sunnah ibadah tersebut. Selain pengasuhan ibunya, beliau diawasi dan dibimbing pula oleh bapa saudaranya (dari pihak ayah).

Perkembangan Keilmuan
Ketika Syaikh Robi’ berusia lapan tahun, beliau masuk sekolah yang ada di desanya. Di sekolah tersebut beliau belajar membaca dan menulis. Termasuk guru yang membimbing beliau dalam belajar menulis adalah Asy-Syaikh Syaiban Al-‘Uraisyi, Al-Qadli Ahmad bin Muhammad Jabir Al-Madkhali dan dari seseorang yang bernama Muhammad bin Husain Makki yang berasal dari kota Shibya’. Syaikh Rabi’ mempelajari Al Qur`an di bawah bimbingan Asy-Syaikh Muhammad bin Muhammad Jabir Al-Madkhali disamping belajar ilmu tauhid dan tajwid.Setelah lulus, beliau melanjutkan pengajiannya ke Madrasah As-Salafiyyah di kota Shamithah. Termasuk guru beliau di madrasah tersebut adalah Asy-Syaikh Al-‘Alim Al-Faqih Nashir Khalufah Thayyasy Mubaraki rahimahullah, seorang alim kenamaan yang termasuk salah satu murid besar Asy-Syaikh Abdullah Al-Qar’awi rahimahullah. Di bawah bimbingannya, Syaikh Robi’ mempelajari kitab Bulughul Maram dan Nuzhatun Nadhar karya Al-Hafidh Ibnu Hajar rahimahullah Ta’ala.Kemudian beliau belajar di Ma’had Al-‘Ilmi di Shamithah kepada sejumlah ulama terkemuka, yang paling terkenal adalah Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Masyhur Hafiz bin Ahmad Al-Hakami rahimahullah Ta’ala dan saudaranya Fadlilatusy Syaikh Muhammad bin Ahmad Al-Hakami, juga kepada Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddits Ahmad bin Yahya An-Najmi hafidhahullah. Di ma’had tersebut beliau belajar akidah kepada Asy-Syaikh Al-’Allamah Dr Muhammad Amman bin ‘Ali Al-Jami(antara murid kesayangan Asy Syaikh Al Allamah Ibn Bazz). Demikian pula kepada Asy-Syaikh Al-Faqih Muhammad Shaghir Khamisi, beliau mempelajari ilmu fikih dengan kitab Zaadul Mustaqni’ dan kepada beberapa orang lagi selain mereka, di mana Syaikh mempelajari ilmu bahasa Arab, adab, ilmu Balaghah dan ilmu ‘Arudl (cabang-cabang ilmu bahasa Arab-pent.)Tahun 1380 H seusai ujian penentuan akhir, beliau lulus dari Ma’had Al-‘Ilmi di kota Shamithah dan di awal tahun 1381 H beliau masuk ke Fakultas Syari’ah di Riyadl selama beberapa waktu lamanya, sekitar satu bulan, satu setengah atau dua bulan saja. Ketika Jamiyyah Islam Madinah didirikan, beliau pindah ke sana dan masuk ke Fakulti Syari’ah. Beliau belajar di Jamiyyah tersebut selama empat tahun dan lulus darinya pada tahun 1384 H dengan cemerlang.

Di antara guru-guru beliau di Jamiyah Islam Madinah adalah:
  • Mufti besar Kerajaan Arab Saudi, Samahatusy Syaikh Al-‘Allamah ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah ta’ala, kepada beliau Syaikh Rabi’ mempelajari Aqidah Thahawiyah
  • Fadlilatusy Syaikh Al Muhadith Al-‘Allamah Muhammad Nashiruddin Al-Albani, mempelajari bidang ilmu hadits dan sanad.
  • Fadlilatusy Syaikh Al Muhadith Al-‘Allamah ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad, mempelajari ilmu fikih tiga tahun lamanya dengan kitab Bidayatul Mujtahid.
  • Fadlilatusy Syaikh Al-‘Allamah Al-Hafidh Al-Mufassir Al-Muhaddits Al-Ushuli An-Nahwi wal Lughawi Al-Faqih Al-Bari’ Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithi, penulis tafsir Adlwaul Bayan, kepada beliau Syaikh Rabi’ mempelajari ilmu tafsir dan ushul fikih selama empat tahun.
  • Asy-Syaikh Shalih Al-‘Iraqi, belajar akidah.
  • Asy-Syaikh Al-Muhaddith ‘Abdul Ghafar Hasan Al-Hindi, belajar ilmu hadits dan mushthalah.
Setelah lulus, beliau menjadi pensyarah di Universitas Islam Madinah selama beberapa waktu, kemudian beliau melanjutkan studi ke master dan berhasil meraih gelar master di bidang ilmu hadith dari Jamiyyah Al-Malik ‘Abdul ‘Aziz cabang Mekkah pada tahun 1397 H dengan tesis beliau yang terkenal, berjudul Bainal Imamain Muslim wad Daruquthni. Pada tahun 1400 H beliau berhasil menyelesaikan PHD di Jamiyyah yang sama, dengan cemerlang setelah beliau menyelesaikan tahqiq (penelitian, komentar –pent.) atas kitab An-Nukat ‘ala Kitab Ibni Ash-Shalah, karya Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullahu Ta’ala.Syaikh Robi’ kemudian kembali ke Jamiyyah Islam Madinah dan menjadi pensyarah di FakultiHadith. Beliau mengajar ilmu hadith dengan segala bentuk dan cabangnya, serta berkali-kali menjadi ketua jurusan Qismus Sunnah untuk program pasca sarjana dan sekarang beliau menjabat sebagai pensyarah kanan. (Beliau telah bersara dari Jamiyyah dan meneruskan dakwah di Mamlakah al Arobiyyah as Saudiyyah) Semoga Allah menganugerahkan kepada beliau kenikmatan berupa kesihatan dan penjagaan dalam beramal kebaikan.

Sifat dan akhlak beliau
Syaikh Robi’ hafidzahullah Ta’ala memiliki keistimewaan berupa sifat sangat rendah hati dihadapan saudara-saudaranya, murid-muridnya mahupun kepada para tamunya. Beliau seorang yang sangat sederhana dalam hal tempat tinggal, pakaian mahupun kendaraan, beliau tidak menyukai kemewahan dalam semua urusan ini.

Beliau adalah seorang yang selalu ceria, berseri-seri wajahnya dan sangat ramah, membuat teman duduk beliau tidak merasa bosan dengan kata-kata beliau. Majlis beliau senantiasa dipenuhi dengan pembacaan hadith dan Sunnah serta tahdzir (peringatan-pent.) dari kebid’ahan dan para pelakunya, sehingga orang yang belum mengenal beliau akan menyangka bahwa tidak ada lagi kesibukan beliau selain hal tersebut.

Syaikh Rabi’ sangat mencintai salafiyyin penuntut ilmu, beliau menghormati dan memuliakan mereka. Beliau berusaha untuk dapat memenuhi kebutuhan mereka sesuai kemampuan beliau, baik dengan diri sendiri maupun dengan harta. Rumah beliau selalu terbuka untuk para penuntut ilmu, sampai-sampai hampir tidak pernah beliau bersarapan pagi ,makan tengahari mahupun makan malam sendirian, kerana selalu saja ada pelajar yang mengunjungi beliau. Beliau menanyakan keadaan mereka dan membantu mereka.

Syaikh Rabi’ termasuk ulama yang sangat bersemangat menyeru kepada Al-Kitab dan As-Sunnah serta akidah salaf, penuh semangat dalam mendakwahkannya dan beliau adalah pedang Sunnah dan akidah salaf yang amat tajam, yang amat sedikit bandingannya di masa sekarang. Beliau adalah pembela Sunnah dan kehormatan salafus salih di zaman kita ini, siang dan malam, secara rahsia maupun terang-terangan yang tidak terpengaruh oleh celaan orang-orang yang suka mencela.

Karya-karya beliau
Syaikh Rabi’ memiliki sejumlah karya tulis -Alhamdulillah – beliau hafidzahullah telah membicarakan berbagai bab yang sangat diperlukan , terlebih khusus lagi dalam membantah para pelaku bid’ah dan para pengikut hawa nafsu di zaman yang penuh dengan para perosak namun sedikit orang yang berbuat ishlah (perbaikan, pent.) Di antara karya beliau:
  1. Bainal Imamain Muslim wad Daruquthni, sejilid besar dan ini merupakan thesis beliau untuk meraih gelar master.
  2. An-Nukat ‘ala Kitab Ibni Ash-Shalah, telah dicetak dalam dua juz dan ini merupakan disertasi program doktoral beliau.
  3. Tahqiq Kitab Al- Madkhal ila Ash-Shahih lil Hakim, juz pertama telah dicetak.
  4. Tahqiq Kitab At-Tawasul wal Wasilah lil Imam Ibni Taimiyyah, dalam satu jilid.
  5. Manhajul Anbiya` fid Da’wah ilallah fihil Hikmah wal ‘Aql.
  6. Manhaj Ahlis Sunnah fii Naqdir Rijal wal Kutub wat Thawaif.
  7. Taqsimul Hadits ila Shahih wa Hasan wa Dla’if baina Waqi’il Muhadditsin wa Mughalithatil Muta’ashibin, sebuah bantahan terhadap ‘Abdul Fatah Abu Ghuddah dan Muhammad ‘Awamah.
  8. Kasyfu Mauqifi Al-Ghazali minas Sunnah wa Ahliha.
  9. Shaddu ‘Udwanil Mulhidin wa hukmul Isti’anah bi ghairil Muslimin.
  10. Makanatu Ahlil Hadits.
  11. Manhajul Imam Muslim fii Tartibi Shahihihi.
  12. Ahlul Hadits Hum Ath-Thaifah Al-Manshurah An-Najiyah hiwar ma’a Salman Al-‘Audah
  13. Mudzakarah fil Hadith An-Nabawi.
  14. Adlwa` Islamiyyah ‘ala ‘Aqidah Sayyid Quthb wa Fikrihi.
  15. Matha’inu Sayyid Quthb fii Ashhabi Rasulillahi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
  16. Al-‘Awashim mimma fii Kutubi Sayyid Quthb minal Qawashim.
  17. Al-Haddul Fashil bainal Haq wal Bathil hiwar ma’a Bakr Abi Zaid.
  18. Mujazafaatul Hiddaad.
  19. Al-Mahajjatul Baidla` fii Himaayatis Sunnah Al-Gharra`.
  20. Jamaa’ah Waahidah Laa Jamaa’aat wa Shiraathun Wahidun Laa ‘Asyaraat, hiwar ma’a ‘Abdirrahman ‘Abdil Khaliq.
  21. An-Nashrul Aziiz ‘ala Ar-Raddil Wajiiz.
  22. At-Ta’ashshub Adz-Dzamim wa Aatsaruhu, yang dikumpulkan oleh Salim Al-‘Ajmi.
  23. Bayaanul Fasaadil Mi’yar, Hiwar ma’a Hizbi Mustatir.
  24. At-Tankiil bimaa fii Taudhihil Milyibaari minal Abaathiil.
  25. Dahdlu Abaathiil Musa Ad-Duwaisy.
  26. Izhaaqu Abaathiil ‘Abdil Lathif Basymiil.
  27. Inqidladlusy Syihb As-Salafiyyah ‘ala Aukaar ‘Adnan Al-Khalafiyyah.
  28. An-Nashihah Hiyal Mas`uliyyah Al-Musytarakah fil ‘Amal Ad-Da’wi, diterbitkan di majalah At-Tau’iyyah Al-Islamiyyah
  29. Al-Kitab was Sunnah Atsaruhuma wa makaanatuhuma wadl Dlarurah ilaihima fii Iqaamatit Ta’liimi fii Madaarisinaa, artikel majalah Al-Jami’ah Al-Islamiyyah, edisi 16.
  30. Hukmul Islam fii man Sabba Rasulallah au Tha’ana fii Syumuli Risaalatihi, artikel surat khabar Al-Qabas Al-Kuwaitiyyah edisi 8576 tahun 9/5/1997.
Syaikh Rabi’ memiliki karya tulisan lain selain apa yang telah disebutkan di sini. Kita memohon kepada Allah agar memberikan pertolonganNya untuk menyempurnakan usaha-usaha kebaikan yang beliau lakukan dan semoga Allah memberikan taufik kepada beliau kepada perkara-perkara yang dicintai dan diridhai-Nya, Dia-lah penolong semua itu dan maha mampu atasnya.

Syaikh Robi` masih hidup dan menetap di al Awali, Makkah. Semoga ALLAH memanjangkan usia syaikh dan ana , Abu Muhammad al Badr berharap agar ALLAH murahkan rezeki ana untuk bertemu dengan syaikh yang ana cintai kerana ALLAH.


(Dinukil dari Mauqi’ Asy-Syaikh Rabi’ hafidzahullah dengan sedikit perubahan)

(Dikutip dari terjemah buku karya Syaikh Abu ‘Abdillah Khalid bin Dlahwi Adz-Dzufairi (syyaikh khalid adalah anak murid kesayangan syaikh robi`), edisi Bahasa Indonesia Mengenal Lebih Dekat Asy Syaikh Rabi' Bin Haadi al Madkhali, Sosok Ulama Pembela Sunnah Nabi. Diterjemahkan Ummu Affan, penerbit Media Ahlus Sunnah, Purwokerto)

Sumber: http://www.darussalaf.or.id/biografi/biografi-ringkas-syaikh-rabi-bin-hadi-umair-al-madkhali/

[Biografi] Al-Ustadz Abu Abdillah Luqman Muhammad Ba'abduh hafidzhahullah

Nama lengkap beliau adalah Luqman bin Muhammad Ba’abduh. Dilahirkan di Kota Bondowoso Jawa Timur pada tanggal 13 Mei tahun 1971. Pada awal tahun 1994, Allah memberi kemudahan untuk berangkat ke Negeri Yaman —negeri yang sekaligus tempat kakek-kakeknya berada— untuk menuntut ilmu kepada salah seorang Muhaddits besar abad ini, yaitu Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi’i Al Hamdani rahimahullah.



Jika dulu di zaman tabi’it tabi’in, dinyatakan tentang Al Imam ‘Abdurrazzaq bin Hammam Ash Shan’ani rahimahullah –salah seorang ‘ulama besar dari Negeri Yaman pada masa itu–:

“Tidak ada seorang ‘ulama pun yang paling banyak didatangi oleh para thullabul ‘ilmi (penuntut ilmu syar’i) dibandingkan ‘Abdurrazzaq bin Hammam.” 

Maka di abad ini, kita bisa menyatakan bahwa:
“Tidak ada seorang ‘ulama pun yang paling banyak didatangi oleh para thullabul ‘ilmi (penuntut ilmu syar’i) dari manca negara dibandingkan Asy Syaikh Muqbil rahimahullah.”

Asy Syaikh Muqbil rahimahullah adalah salah seorang ‘ulama besar ahlus sunnah di zaman ini yang dengan tegas menghidupkan dan mengibarkan bendera sunnah. Beliau gigih membela sunnah dan membantah bid’ah dan ahlul bid’ah. Dengan tegas dan terang-terangan, beliau mengidupkan kembali manhaj ahlus sunnah wal jama’ah dan menda’wahkannya. Sehingga hal ini benar-benar membuat marah dan jengkel musuh-musuh Ahlu Sunnah. Baik dari kalangan syi’ah rafidhah, thariqat-thariqhat shufiyyyah, ikhwanul muslimin, jama’ah takfir, dll.

Beliau mengambil ilmu dari Asy Syaikh Muqbil rahimahullah dalam berbagai disiplin ilmu, antara lain:

* Shahih Muslim
* Shahih Al Bukhari
* Tafsir Ibnu Katsir
* Al Mustadrak karya Al Imam Al Hakim
* Ash Shahihul Musnad Mimma laisa fish Shahihain karya Asy Syaikh Muqbil
* Al Jami’ush Shahih Mimma laisa fish Shahihain karya Asy Syaikh Muqbil
* Ash Shahihul Musnad min Asbabin Nuzul karya Asy Syaikh Muqbil
* Ash Shahihul Musnad min Dala-ilin Nubuwwah karya Asy Syaikh Muqbil
* Ash Shahihul Musnad fil Qadar karya Asy Syaikh Muqbil
* Gharatul Fishal ‘alal Mu’tadin ‘ala Kutubil ‘Ilal karya Asy Syaikh Muqbil
* Dzammul Mas-alah karya Asy Syaikh Muqbil
* Ahaditsul Mu’allah Zhahiruha Ash Shihhah karya Asy Syaikh Muqbil

Di antara faedah ilmiah yang beliau dapatkan dari Asy Syaikh Muqbil adalah sikap antipati yang sangat besar terhadap para teroris dan terorisme. Asy Syaikh Muqbil terkenal sebagai ‘ulama yang sangat banyak dan keras bantahannya terhadap teroris-khawarij, baik melalui lisan atau pun karya-karya tulisnya. Sehingga kaum teroris-khawarij sangat benci kepada beliau, bahkan mereka telah berusaha sekian kali untuk membunuh atau mencelakakan beliau dan murid-muridnya. Hal ini semua sangat mempengaruhi beliau dalam menjalankan aktivitas da’wah ahlus sunnah dan sikap antipatinya terhadap khawarij dan ahlul batil yang lainnya.

Di samping belajar, sejak 1998 beliau juga mengajarkan beberapa disiplin ilmu kepada kaum muslimin di negeri Yaman, antara lain dalam bidang aqidah: Kitab Al ‘Aqidah Al Washithiyyah, Al Qaulul Mufid fi Adillatit Tauhid; dalam bidang Nahwu : Kitab At Tuhfatus Saniyyah.

Beliau kembali ke Indonesia akhir tahun 2000, setelah keberangkatan Asy Syaikh Muqbil ke Saudi ‘Arabia untuk berobat dari penyakitnya, yang ternyata tidak lama setelah itu beliau rahimahullah wafat di Bumi Al Haramain.

Aktivitas di Indonesia

Sebagai seorang da’i ahlus sunnah, yang dididik oleh ‘ulama besar ahlus sunnah, maka beliau pun bertekad untuk menghidupkan dan menda’wahkan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah di Indonesia. Sebuah aqidah yang telah digariskan oleh Rasulullah serta direkomendasi oleh beliau sebagai satu-satunya aqidah yang haq dan selamat dari kesesatan dan perpecahan.

Aktivitas keseharian beliau tidak keluar dari tugas dan misi besar tersebut, antara lain:

  1. Sebagai Pengasuh Ma’had As Salafy di Jember. Semenjak pertama kali dibuka pada tahun 2002, ratusan thullabul ‘ilmi datang dari berbagai kota untuk menuntut ilmu. Di Ma’had tersebut diajarkan berbagai disiplin ilmu, baik dalam bidang aqidah, fiqh, Al Qur’an dan tafsir, hadits, bahasa arab, akhlaq, dan lain-lain.
  2. Tahun 2002, bersama dengan Al Ustadz Muhammad ‘Umar As Sewed, beliau dipercaya sebagai penasehat redaksi Majalah Asy Syari’ah. Dengan taufiq dan kemudahan dari Allah, majalah Asy Syari’ah tersebar dengan luas di tengah-tengah muslimin di Indonesia dan mendapat respon yang positif. Majalah ini menjelaskan kepada umat tentang aqidah dan prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, disamping juga membantah berbagai kebatilan dan kedustaan para pembawa kebatilan yang hendak merongrong dan menodai kemurnian dienul Islam.
  3. Ceramah dan ta’lim di berbagai kota di Nusantara, baik berupa Daurah (kajian internsif temporal), kajian rutin, ceramah umum, dan lain-lain.
  4. Menulis dan menerjemahkan buku.

Sumber : http://alfirqatunnajiyyah.blogspot.sg/2010/04/biografi-al-ustadz-luqman-baabduh.html / http://www.merekaadalahteroris.com/mat/?page_id=3

[Audio] Tausiyah Al-Ustadz Abu Abbas: KEMBALI kepada ULAMA dalam menghadapi BADAI FITNAH [Bhgn. 2]

Berikut adalah rakaman audio bahagian kedua hasil muhadharah bersama Al-Ustadzuna Abu Abbas Muhammed Salem Awadh Mufleh hafizhahullah.

Antara inti nasihat Al-Ustadz hafidzhullah kepada kita semua, khususnya Salafiyyun di Malaysia dan salafiyyun di seluruh tempat amnya, agar masing-masing kita untuk saling memperbaik mu'malah sesama ikhwah salaffiyah dan tidak terburu-buru dalam bersikap serta beliau menjelaskan secara ringkas tentangnya..

Kemudian, asy-syaikhuna hafidzhullah juga sempat menyampaikan beberapa nasihat penting hasil kesempatan beliau bertemu dgn beberapa masyaikh Yaman seperti Syaikh Abdullah Al-Mar'i, Syaikh Muhammad Al-Imam, Syaikh Ustman as-Salimi, Syaikh Muhammad As-Sumali dan lain-lain -hafidzahumullah- agar para ikhwah salafiyyun menyibukkan diri dengan thalabul ilmu dan tidak masuk ke dalam permasalan yang bukan menjadi hak mereka dan menyerahkannya kepada ulama dalam memutuskannya dalam berbuat islah terhadap dakwah ini serta cara bersikap yang benar dalam menghadapi fitnah yang sedang melanda kita semua.

Semoga nasihat yang beliau sampaikan pada kesempatan ini bermafaat buat kita semua, insya Allah..

Masa / Lokasi: Rabu, Ba'da Isya' -- 24 / 11 (Dzul Qa'ida) / 1433H -- 10 / 10 / 2012H -- Keramat Permai, Kuala Lumpur



Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wah, bukan untuk tujuan komersil. Untuk mengunduh / download sila right click pada link file yang berkenaan dan pilih "Save Link As ...". Semoga bermanfaat. Baarakallahu fiikum.

[Audio & Traskrip] Tausiyah Al-Ustadz Abu Al-Abbas: EMPAT PERKARA yang MENGECUALIKAN Manusia daripada Kerugian [Bhgn. 1]

Berikut ini adalah bahagian pertama transkrip ringkas tausiyah bersama Al-Ustadzuna Abu Abbas Muhammed Salem Awadh Mufleh hafizhahullah pada 24 Dzul Qa'ida 1433H lalu yang telah disediakan oleh akhina Abu Mas'ud Aiman. Semoga bermanfaat.

Selanjutnya, ikutilah penjelasannya melalui ramakan audio / transkrip berikut:


Majlis dan perjumpaan yang dilaksanakan demi pengharapan kepada Allah adalah suatu niat yang sangat mulia, maka bagi mereka yang berniatkan sedemikian maka Allah akan mencintainya, ia merupakan suatu kedudukan yang mulia bagi mereka, dan juga diberitakan khabaran yang sangat indah bagi mereka yang berkumpul demi ilmu ikhlas kerana Allah.

Di dalam al Quran ada satu Surah di dalamnya suatu kesimpulan mengenai istiqomah dan keselamatan di dunia, bagi lelaki mahupun wanita, yang miskin mahupun kaya, yang kecil mahupun yang besar, suatu keselamatan bagi mereka yang mengikuti Surah ini, keselamatan di dunia, di kubur dan di akhirat.

Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i berkata: Jikalaulah Allah tidak menurunkan (Al-Quran) melainkan Surah ini, maka ia sudahpun mencukupi.

Surah ini adalah Surah Al-Asr, yang sudahpun mafhum ramai daripada kami menghafalnya.
Dalam Surah ini: Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan yang beriman, yang beramal soleh, yang menasihati dengan kebenaran dan yang menasihati dengan kesabaran.
Allah bersumpah dengan Masa, disebut huruf wau di ayat ini, والعصر bermaksud penegasan dikenali sebagai wau al-qasm. Asr pula bermaksud zaman ataupun waktu, mahupun siang dan malam, dan Allah bersumpah dengannnya kerana kepentingannya bagi manusia.

Barangsiapa yang memanfaatkan masanya dengan ketaatan kepada Allah maka ia akan selamat dunia akhirat, sebaliknya barangsiapa yang menggunakan masanya dengan maksiat dan dosa maka ia akan menghadapi kerugian yang amat besar.

Ibn Qayyim berkata: Pembaziran masa itu lebih dahsyat (teruk) daripada kematian.
Kemudian surah tersebut diteruskan dengan ayat إن الإنسان لفي خسر Inna di sini bermaksud sesungguhnya, merupakan penegasan juga. Kemudian Alif Lam istidrak pada perkataan Al-Insaan menunjukkan bahawa semua manusia tergolong dalam golongan ini yakni kerugian dan tidaklah seorang pun terlepas daripadanya, yang kaya, yang miskin, yang tua, yang muda. Kemudian Lafii, lam di sini bermaksud penegasan juga. Lihatlah, Allah telahpun menggunakan penegasan sebanyak tiga kali dalam surah ini. Wau, Inna, dan Lam. Kemudian diteruskan dengan perkataan fi bermaksud memasuki, maka manusia itu memasuki ke dalam khasarah (kerugian) dari semua arah.
Tua ataupun muda, miskin ataupun kaya, lihatlah pada diri kita samaada kita tergolong dalam golongan yang kerugian ataupun tidak.

Kalaulah kita lihat kembali pada surah ini, bahawasanya manusia itu tidaklah ia keluar daripada kerugian melainkan yang telahpun dikecualikan oleh Allah dalam ayat berikutnya. إلا الذين ءامنوا و عملوا الصالحات وتواصوا بالحق و تواصوا بالصبر

Maka, Allah telah menyatakan empat golongan yang terlepas daripada kerugian ini iaitu, Mereka yang beriman, mereka yang beramal soleh, mereka yang menasihati dengan kebenaran, dan mereka yang menasihati dengan kesabaran.

Iman yang dinyatakan disini adalah mutlaq, jelas kedudukannya dan iman itu bukanlah dengan beriman dengan sebahagian sahaja manakala sebahagian lain diingkari. Sebaliknya pula iman itu lengkap dan juga amalan yang soleh itu melengkapkan iman.

Kemudian golongan yang kedua iaitu golongan yang beramal soleh. Amalan soleh itu terbahagi kepada dua: pertama, melaksanakan ibadah seperti solat, zakat, puasa, sedekah, mengikuti majlis ilmu. Kedua, meninggalkan maksiat seperti zina, mengumpat, riba, mengadu domba, riya’, ucapan manusia dan pendapat mereka tanpa dalil, ataupun taqlid buta dalam hal agama tanpa dalil. Maka meninggalkan amalan-amalan maksiat ini juga merupakan amalan soleh. Dan amalan soleh tidaklah ia menjadi soleh melainkan dengan mengikuti Sunnah baginda Salla Allahu alaihi wa sallam dan mengikuti as-Sunnah adalah wajib.

Golongan yang ketiga iaitu menasihati dengan kebenaran. Nasihat di sini bermaksud menasihati dengan perasaan kasih sayang dan rahmat dan kerana cinta terhadap manusia, cinta terhadap kebaikan saudaranya, cinta terhadap teman-temannya dan juga jirannya dan juga ahli keluarganya. Dan antara amalan soleh yang paling agung adalah menasihati manusia dengan agama Allah ini. Dan tidaklah seseorang yang benar-benar beriman itu akan menyukai jikalau saudaranya tersesat daripada agama Allah ini. Dan antara hikmah dalam berdakwah terhadap saudara-saudara seagama kita ini adalah tidak terlalu berkeras terhadap mereka. Dakwah agama ini pada asalnya adalah untuk mengeluarkan manusia daripada kesesatan, dan mengajak mereka dengan penuh istiqomah dan dengan cara yang baik sebagaimana Allah telah perintahkan Musa AS untuk mengajak Firaun dan kaumnya daripada kesesatan kepada kebenaran.

Golongan yang terakhir adalah menasihati dengan kesabaran. Tidak ada iman bagi seseorang yang tidak sabar (Ali bin Abi Talib radiyallahuanhu). Sabar ini dibahagikan kepada tiga: pertama, sabar dalam mentaati perintah-perintah Allah, barangsiapa tidak sabar dalam pelaksanaan perintah Allah pasti ia akan meninggalkan ketaatan itu. Kedua, bersabar dalam meninggalkan kemaksiatan, barangsiapa tidak sabar dalam peninggalan itu maka ia pasti akan memasukinya. Ketiga, bersabar terhadap taqdir Allah, dan barangsiapa yang bersabar terhadap takdir Allah pasti ia akan selamat dan hidup dalam keadaan selamat, tetapi sebaliknya bagi mereka yang tidak bersabar pasti ia akan terkeluar daripada Islam (kufur) kerana tidak sabar kepada takdir Allah dan pasti kehidupannya akan menjadi susah dunia dan akhirat.

Semoga nasihat yang diberikan oleh saya dimanfaatkan dan semoga kita tergolong dalam golongan yang tidak rugi.

Wallahu a'lam bisssowab.

Oleh Al-Ustadz Abu Abbas Muhammed Salem Awadh Mufleh hafidzahullah
Ba'da Isya' 24 Dzul Qa'ida 1433H / 10 Oktober 2012 / Keramat Permai, Kuala Lumpur.



Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wah, bukan untuk tujuan komersil. Untuk mengunduh / download sila right click pada link file yang berkenaan dan pilih "Save Link As ...". Semoga bermanfaat. Baarakallahu fiikum.

[Audio] Al-Ustadz Abu Ubaidah Syafruddin – Kepada Siapa Kita Mengambil Ilmu

Kepada Siapa Kita Mengambil Ilmu
Al-Ustadz Abu Ubaidah Syafruddin hafizhahullaah
(Pengasuh Ma’had Al Anshar, Sleman)

Masa / Lokasi: 7 Oktober 2012 / Masjid Agung Manunggal, Bantul, Yogyakarta



Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wahbukan untuk tujuan komersil. Untuk mengunduh / download sila right click pada link file yang berkenaan dan pilih "Save Link As ...". Semoga bermanfaat. Baarakallahu fiikum.

- - - [Rakaman audio daripada Abu Zaid & Al Akh Faris].

[Audio] Al-Ustadz Muhammad Afifuddin – Menyuarakan Kebenaran di Tengah Arus Penyimpangan

Menyuarakan Kebenaran di Tengah Arus Penyimpangan
Al-Ustadz Muhammad ‘Afifuddin As-Sidawy hafizhahullaah
(Pengasuh Ma'had Al-Bayyinah Gresik)

Masa / Lokasi: 22 / 11 (DZul Qa'idah) 1433H -- 08 / 10 / 2012H -- Masjid Al-Anshar, Sleman, Yogyakarta

Click to Play All


Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wahbukan untuk tujuan komersil. Untuk mengunduh / download sila right click pada link file yang berkenaan dan pilih "Save Link As ...". Semoga bermanfaat. Baarakallahu fiikum.

- - - [Rakaman audio daripada Rizky Al-Magetaniy & ilmoe.com].

[Audio] Al-Ustadz Usamah Faishal Mahri – Daurah Ilmu September 2012

Al-Ustadz Usamah Faishal Mahri hafizhahullaah
(Alumni Jami’ah Islamiyyah Medinah, Saudi Arabia)

Masa / Lokasi: 27-30 September 2012 / Melaka & Johor

Click to Play All


Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wah, bukan untuk tujuan komersil. Untuk mengunduh / download sila right click pada link file yang berkenaan dan pilih "Save Link As ...". Semoga bermanfaat. Baarakallahu fiikum.