FATWA – Demonstrasi Bukan Penyelesaian Kepada Kezaliman

Oleh Syaikh Shalih Al-Fauzan hafizahullah (Ulama' di Riyard, Arab Saudi)
• Anggota Badan Ulama besar (Hai'ah Kibar al-'Ulama),
• Anggota al-Lajnah ad-Da'imah Li al-Buhuts al-'Ilmiyyah Wa al-Ifta'



[Soalan]
Di sana terdapat mereka yang melihat bencana dan musibah yang menimpa terhadap umat dan bermulalah mereka menyeru kepada permusuhan dan demonstrasi melawan para pemerintah dan para ulama kononnya untuk menghilangkan kemudaratan (kezaliman pemerintahan), maka apakah pandangan kamu dengan wasilah seperti ini?

[Jawapan]
Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan, jika berlaku sesuatu peristiwa padanya ada kemudaratan atau kemungkaran, maka hal ini bukanlah cara penyelesaian, iaitu dengan melakukan demonstrasi, permusuhan atau kerosakan, perkara ini bukanlah penyelesaian akan tetapi cara penyelesaian, iaitu hendaklah dikembalikan ia kepada mereka yang bertanggungjawab dan saling menasihati mereka, dan menjelaskan kewajipan ke atas mereka (semoga dengan hal ini akan menghilangkan kemudaratan tersebut).


[Soalan]
Semoga Allah membalas kebaikan kepadamu. Soalan ini merupakan daripada bab bertanya kepada ahli ilmu tentang, apakah pandangan Syaikh yang mulia tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku hari ini dan apakah pendirian kita terhadapnya. Kami mengharapkan penjelasan disebabkan banyaknya kekeliruan tentangnya.

[Jawapan]
Hal ini seperti jawapan yang sebelumnya, peristiwa-peristiwa yang berlaku yang memberi mudarat kepada masyarakat, pendirian tentangnya adalah dengan saling menasihati kepada pemerintah sama ada dengan berhadapan dengan secara langsung, atau dengan penulisan atau dengan berhubung melalui telefon. Inilah cara penyelesaian, dan mereka adalah pemerintah di negara ini -walillahilhamd- pada mereka ada kebaikan, dan mereka pun mengiginkan kebaikan -insyaAllah- dan wajib menasihati mereka dengan apa-apa wasilah sama ada dengan secara langsung atau dengan menulis atau dengan menghubungi atau cara yang lain.


Transkrip terjemahan oleh:
Abul Hussein Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah
http://www.ibnabiashim89.blogspot.com/


- - - [Rakaman audio daripada http://1aqidah.net].


Untuk memuat turun, klik kanan pada link Download dan pilih "Save Link As...".

Semoga bermanfaat.

Kajian Al-FawaaidNet

Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wah, bukan untuk tujuan komersil serta tetap mencantumkan URL Sumber. Baarakallahu fiikum.