[FATWA] Demonstrasi adalah Agenda Illuminati Yahudi Zionis

Oleh Asy-Syaikh Soleh bin Sa'ad As-Suhaimi hafizahullah
(Mufti Madinah al-Munawwarah)



Beliau mengulas tentang demonstrasi,

Menyertai demonstrasi ini, iaitu yang berlaku di sebahagian negara-negara kaum muslimin bagaimanapun keadaan pemerintah, bagaimanapun bentuk kezaliman, bagaimanapun bentuk penyelisihan (yang dilakukan pemerintah) maka menyertai demonstrasi adalah amalan yahudi freemasonary, bukan daripada amalan kaum muslimin, dan islam tidak mengakuinya, dan tidak ada dalil yang menyokongnya daripada syariat dan jangan pandang kepada sesiapa yang berfatwa akan kebolehannya daripada mereka yang tergesa-gesa sehinggalah orang yang membunuh diri mereka sendiri mereka berkata dia adalah syuhada`(mati syahid).

Sedangkan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:
"Sesiapa yang membunuh dirinya maka dia masuk neraka"

... maka kami berlepas diri daripada fatwa ini (yang membolehkan demonstrasi) dan mereka yang menyokongnya walaupun ianya disebarkan daripada stesyen-stesyen TV yang rosak dan selainnya yang terdiri daripada stesyen-stesyen TV yang rosak dan merosakkan. Perkataan ini aku katakannya daripada aku dan cukup bahawasanya demonstrasi ini yang menyokongnya daripada tiga sudut, iaitu yang bertujuan terhadap mereka (menghuru-harakan umat islam), iaitulah Amerika dan Eropah dengan banyaknya negara-negaranya dan Rafidhah sama ada dari kalangan mereka di Iran atau Hizbus Syaitan atau selain mereka di negeri Syam atau selain itu atau begitu juga sudut ketiga yang menginginkannya adalah golongan sekular, liberal dan Atheis yang ingin memadam agama dan ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka dan Allah enggan melainkan menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir membencinya.

Maka sampaikanlah kepada para saudaramu bahawasanya menyertai demonstrasi atau tunjuk perasaan ini bagaimanapun keadaan pemerintahnya maka perbuatan tersebut adalah tidak benar dan hanya akan mengukuhkan musuh-musuh Islam untuk menyelusup masuk ke dalam barisan kaum muslimin dan cukuplah apa yang terjadi di sebahagian negeri apabila bercampurnya orang yang hina dan mulia, Rafdihi, Yahudi dan Nasrani bersama musuh-musuh Sunnah bersama para penzina dan gay-gay serta orang-orang sekular, golongan liberal dan kesemua orang-orang mujrim (penjenayah) yang menyertai demonstrasi seperti ini.

Maka aku menasihati diriku sendiri dan saudara-saudaraku Ahli Sunnah agar tidak menyertainya dan agar mereka berada di rumah-rumah mereka dan agar mereka menjauhi fitnah ini. Jika mereka di zalimi maka dia harus mempertahankan diri mereka sendiri, adapun masuk menyertai demonstrasi ini bagaimanapun kezaliman (pemerintah) yang berlaku atau apa-apapun terjadi maka ianya tetap tidak diakui oleh syariat bahkan ianya merupakan asas daripada asas-asas Fremasonary Zionis Antarabangsa.


Transkrip terjemahan oleh:
Abul Hussein Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah
http://www.ibnabiashim89.blogspot.com/


- - - [Rakaman audio daripada http://1aqidah.net].

Untuk memuat turun, klik kanan pada link Download dan pilih "Save Link As...".

Semoga bermanfaat.

Kajian Al-FawaaidNet

Diperbolehkan menyebarkan rekaman kajian ini untuk kepentingan da’wah, bukan untuk tujuan komersil serta tetap mencantumkan URL Sumber. Baarakallahu fiikum.